AKADEMIK

Khamis, 30 April 2015

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)






Apakah itu Dasar MBMMBI?
Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.
    
      Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?
Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.
Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil.
3
      Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?
Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.
  
     


      Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan?
Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.
5    
      



      Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah?
Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.

      Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI?
KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut:
a.  Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG
b.  Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris
c. Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyenbahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT
d. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5

BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI:
Latihan untuk bahasa Malaysia: 
  • Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)
  • KDP 4 Minggu
  • Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Latihan untuk bahasa Inggeris:
  • Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris
  • Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris
  • Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris
     Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti? (BPG/ELTC/IPGM)
Institut Pendidikan Guru
  • IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah.
  • “Teacher Study“ untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.
  • Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid.
  • Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – ada komponen Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.
Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.
Praktikum – 3 kali praktikum :
  • Semester 5 – 4 minggu
  • Semester 6 – 8 minggu
  • Semester 7 – 12 minggu
  • Semester 8 – pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah sebagai guru permulaan.
Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris.
Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan.
8
     Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen.
BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut:
  • Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang telah berkhidmat antara 1 – 5 tahun
  • Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara dari seluruh negara
Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris?
Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013.
Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu:
a.    IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
b.    IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
c.    IPG Kampus Dato’ Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu
d.    IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan
e.    English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur
Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi.
Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut:
  • Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris;
  • Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon
  • Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon
  • Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum
  • Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran
  • Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai
  • Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program
  • Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru sekolah
1    Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI?
English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru:
  • Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) 
Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka.

  • Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) 
Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan PdP untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan.
  • CD Audio-Video (Teacher’s CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif.
  • OPS-ENGLISH Student’s Handbook untuk pelajar.
Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.

Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.

Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah?
Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;
  • Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning)
  • Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)
Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.
Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.

Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa?
Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI.

Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti?
Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa PdP bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.

BAHAN TAKLIMAT MBMMBI
 MODUL MBMMBI 2015
Sila rujuk Bahan Taklimat bagi panduan Muat Turun Modul MBMMBI 2015 


Sumber daripada laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia

Rabu, 29 April 2015

BALANG MAYONIS DAN 2 CAWAN KOPI

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...
Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili
perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil
berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..."
 


Moral :

Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini..."

'FUN LEARNING' atau Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Didik Hibur



 Istilah didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan KSSR pada tahun 2010. Ia merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti didik hibur boleh dilaksanakan semasa melaksanakan set induksi atau semasa penutup sesi PdP.

DEFINISI

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.

PENGENALAN

Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

LATAR BELAKANG DIDIK HIBUR

Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.

Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
 
CIRI-CIRI DIDIK HIBUR

Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:
  • Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
  • Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.
  • Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
  • Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan  pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
  • Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti PdP.
  • Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
  • Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.
  • Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik  dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
  • Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.
  • Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur : 

GURU

  • Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:
  • Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid
  • Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
  • Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
  • Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
  • Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.
  • Guru boleh membuat pelbagai suara.
  • Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
  • Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
  • Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak
  • Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel

AKTIVITI DIDIK HIBUR

Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:   
  • Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.
  • Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.
  • Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
  • Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan.
  • Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.
  • Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.
  • Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.
PENUTUP
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran

Artikel ini saya salin daripada portal KSSR yang ditulis oleh Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar

PENAFIAN


Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma berikut:
1. Blog Journey Of Life.. dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
2. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.
3. Segala komen atau ulasan atau pendapat atau pandangan  yang diberikan oleh pembaca atau pelawat blog ini adalah di bawah tanggungjawab pemberi komen atau pemberi ulasan atau pemberi pendapat atau pemberi pandangan itu sendiri. Jika komen atau ulasan atau pendapat atau pandangan tersebut melanggar mana-mana undang-undang, Blog Journey Of Life.. dan pemilik blog ini secara khusus, sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut melalui apa-apa cara dan apa-apa keadaan sekalipun.
4. Segala produk atau perkhidmatan yang diulas di blog ini adalah mengikut pengetahuan dan pengalaman pemilik blog ini dan jika pembaca membeli atau menggunakannya, ia adalah sepenuhnya di atas keputusan pembeli. Namun adalah disyorkan untuk merujuk kepada pengeluar atau pemilik produk atau perkhidmatan terlebih dahulu untuk mengetahui adakah produk atau perkhidmatan itu sesuai dan dapat memberikan pengajaran kepada pembeli atau bakal pembeli.
5. Segala iklan sama ada banner atau link atau apa-apa jua bentuk lain di blog ini adalah milik penuh pihak pengiklan dan merupakan tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak pengiklan. Jika pembaca membeli melalui iklan, ia adalah sepenuhnya di atas keputusan pembeli. Namun adalah disyorkan untuk merujuk kepada pihak pengiklan atau pengeluar atau pemilik produk atau perkhidmatan terlebih dahulu untuk mengetahui adakah ia sesuai dan dapat memberikan pengajaran kepada pembeli atau bakal pembeli.
6. Tidak ada jaminan segala artikel atau kandungan di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor lain yang menentukannya.
7.  Sebahagian artikel atau kandungan di blog ini mungkin sudah tidak sesuai lagi pada satu-satu masa. Maka, ia adalah di luar kawalan pihak Blog Journey Of Life.. dan pemilik blog ini.
8. Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi atau apa-apa kandungan di dalam blog ini ketika penulisan dilakukan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat atau kandungan yang ada di dalam blog ini mungkin sudah tidak tepat atau tidak releven ketika pembaca atau pelawat membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi atau kandungan atau ejaan atau tatabahasa.
9. Segala komen tertentu oleh pemberi komen, boleh digunakan oleh pihak blog Journey Of Life.. dan pemilik blog ini sama ada untuk kegunaan testimonial atau sebagai bahan penulisan.
10. Dibenarkan untuk menyiarkan semula artikel daripada Blog Journey Of Life.. ini di laman sesawang lain, dengan syarat memberikan kredit atau pautan balik kepada blog ini.

Selasa, 28 April 2015

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA




Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia pada 6 September 2013. Pelan itu menyaksikan sebanyak 11 anjakan melibatkan transformasi dari segi sistem pendidikan negara. 

Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:

  • Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  • Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
  • Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
  • Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
  • Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan    keperluan.
  • Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
  • Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
  • Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  • Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
  • Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. 

Di samping itu, proses transformasi sistem pendidikan turut akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun menerusi tiga gelombang:

  • Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
  • Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.
  • Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan. 


KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD PPPM.

Go To Ideal BMI


Our boss, the BPSH launched a campaign "Menuju BMI Ideal". Therefore, there is a competition between the Sports Team (Green, Red, Blue and Yellow). I don't remember others but I am the Kasawari (Green) team.
There are many kinds of games conducted such as Indoor and Outdoor Games. I tried the BMI competition and went to the MOH next to the MOE office to weigh myself. The officer told me to reduce 18 more kilos to get the ideal weight for my height.




All of us in school participate in the competition including my principal. So, we decided to compete among us to get some motivation to win.


This is our principal giving some moral support to the teachers to join this good campaign through get the ideal BMI. 

So, let's my friends. We must take this challenge for the sake of our health...

Our Boss with his adopted babies.. :)



Colours of Life...




Recently, my students did a great job on mural. Although the drawing looks very simple to others, but deep in my heart it tells something from their heart. Maybe, they have their own views on that but for me it tells about their life. 

The mural represents their own feeling towards life. Since they're teenagers, they want to live like a rainbow. It reminds me a song from Rolling Stones.

SHE'S A RAINBOW by Rolling Stones

She comes in colors everywhere
She combs her hair
She's like a rainbow
Coming, colors in the air
Oh, everywhere
She comes in colors

Have you seen her dressed in blue?
See the sky in front of you
And her face is like a sail
Speck of white so fair and pale
Have you seen a lady fairer?

Have you seen her all in gold?
Like a queen in days of old
She shoots colors all around
Like a sunset going down
Have you seen a lady fairer?

She's like a rainbow
Coming, colors in the air
Oh, everywhere
She comes in colors






Anyway, the artist is not there.. They are all his friends happy together after he completed the great job! Thanks for the beautiful art.....

Pengenalan LINUS

LINUS – NKRA ……???

Apa itu  Program LINUS?
  • LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening)
  • LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah
  • LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira
  • Objektif sub - NKRA Literasi dan Numerasi     
  1. NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
  2. Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.
  3. Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Siapakah Murid Linus?
Kanak-kanak  yang tidak boleh mengikuti pelajaran  di kelas/kurikulum/di sekolah biasa, tidak dapat mencapai sesuatu objektif pengajaran  yang mudah/ objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya pengamatan yang lemah atau rendah.
 
Ciri-ciri murid Linus
  • pencapaian pelajaran/akademik berbeza
  • pendiam
  • tidak aktif
  • banyak cakap
  • sukar menerima arahan
  • tidak dapat berkomunikasi seperti murid biasa
  • menyebut huruf yang tidak tepat/bertukartukar
  • meninggalkan huruf/suku kata/perkataan semasa  
  • membaca/menulis
  • tulisan terlalu buruk
  • kekerapan kesalahan dalam ejaan/tanda bacaan
  • huruf terbalik
Kajian menunjukkan murid pintar:
  • Kurang tidur semasa kecil
  • Lebih cepat bercakap
  • Pergerakan yang lebih cepat
  • Menangis dengan kuat semasa lahir
  • Mempunyai kepekaan yang luar biasa semasa bayi
  • Deria yang peka semasa kecil

Rabu, 8 April 2015

1st Day of My PRO-ELT Class

I had started my PRO-ELT class on 4th of March. Hurmm... :( Too old to study again.... (35 is young actually :)...) But "Saya Yang Menurut Perintah".... Our trainer for that day was TARA BEISWANGER (she said she was only the temporary trainer for us). 

Our first lesson for the first class was about the "Manglish". She told us that she was confuse when her first time in Malaysia.. Some words and sentences really confusing her. Therefore, we are give a task on this topic to be discussed.

Some "Manglish" examples are given by TARA were:
  1. “Off the air-con, please.”
  2. "Eh, can you fetch me home from work, today, ah?”  
  3. "I need to go to the stationary shop to photostat this document.”  
What I eagerly to story about was the word 'FETCH'. I usually use this word every time. But then I realized when TARA told us the word 'fetch' is ONLY used for animals. All this while I used that word for me.. HUHUHUHU.....

The correct sentences that we corrected were:
  1. "Can you switch off the air-conditioner, please?"
  2. “Can you pick me up from work today"
  3. "I need to go to the stationary shop to make a photocopy of this  document.”
We went home early for our first day lesson because TARA was just only the substitution trainer for the day. It was only some briefing about the course and gathering personal information from all the trainees. 
That's all about my first day on PRO-ELT course conducted at SMK Taman Melati.. :)
Next Story: 2nd Day of My PRO-ELT Class :)