AKADEMIK

Sabtu, 28 Februari 2009

KOMUNIKASI KHALAYAK

1. Jelaskan konsep dan bentuk komunikasi khalayak.

Konsep komunikasi ialah perhubungan atau interaksi yang berlaku samada dengn diri sendiri iaitu intrapersonal seperti bermonolog dengan diri sendiri, berfikir sendiri ataupun interpersonal iaitu komunikasi khalayak seperti ucapan atau perbahasan.

Khalayak bermaksud pernerima di mana di dalam sesuatu komunikasi khalayak yang berlaku haruslah ada penyampai dan penerima. Penerima pula terdiri daripada komunikasi lisan iaitu pendengar dan juga komunikasi bertulis yang merupakan pembaca.

Khalayak boleh dibahagikan kepada dua iaitu umum dan khusus. Bagi khalayak umum, mereka merupakan orang awam yang mengikuti komunikasi khalayak contohnya penonton televisyen. Manakala khalayak khusus adalah mereka yang mempunyai minat yang tertentu dalam komunikasi khalayak. Contohnya peminat berita akan menonton rancangan berita televisyen atau peminat forum-forum agama yang mengikuti forum tersebut.

2. Apakah matlamat komunikasi khalayak?

Di antara matlamat dalam komunikasi khalayak adalah:

a) Memberi pemahaman kepada khalayak

Penyampai memainkan peranan untuk menyampaikan komunikasi berkesan melalui penyampaian dan perlu bekerjasama dengan penerima untuk mencapai matlamat tersebut.

b) Bertukar-tukar fikiran dengan khalayak

Berlaku hubungan antara penyampai dan penerima melalui aktiviti ‘memberi dan menerima’. Perancangan awal dan analisis serta kajian harus dibuat sebelum penyampai berinteraksi dalam komunikasi khalayak.

c) Bertindak balas terhadap maklum balas khalayak

Menerima respon dari khalayak samada lisan ataupun bukan lisan.

d) Memenuhi kehendak khlayak

Penyampai menyusun atau membuat perancangan berdasarkan keperluan khalayak.

3. Beri 5 jenis komunikasi khalayak.

Terdapat pelbagai jenis komunikasi khalayak dan antaranya ialah:

a) Pidato

Merupakan komunikasi khalayak individu kepada kahlayak. Tujuannya:

i) Penerangan – menjelaskan aspek-aspek penting

ii) Memberitahu benda/isu yang baru

iii) Meyakinkan dengan mberi fakta dan sokongan

iv) Pemujukan supaya khalayak berubah fikiran

b) Forum

Sekurang-kurangnya dikendalikan seorang pengerusi dan seorang panel ketika berinteraksi dengan khalayak.

c) Pembentangan Kertas Kerja

d) Ceramah

e) Perbahasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan