AKADEMIK

Ahad, 22 Februari 2015

TEKS PENGACARA MAJLIS: MAJLIS REUNION EX-SKPTD @ DE PALMA HOTEL, AMPANG



Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke MAJLIS PERTEMUAN SEMULA BEKAS PELAJAR DAN GURU SKPTD KUMPULAN 1988 - 1993.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta  mengambil tempat.



Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan guru-guru Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat Kumpulan 1988-1993.

Semua hadirin diminta berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.


Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Burung merbah di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang berusaha,
Encik Shahlan Bin Shafiee
Penyelaras Program MAJLIS PERTEMUAN SEMULA BEKAS PELAJAR DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT KUMPULAN 1988 - 1993.

Yang berusaha,
Encik Mohd Izuddin Shah Bin Abdullah
Wakil bekas guru-guru
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat
Kumpulan 1988-1993

Yang berusaha, 
En. Mohd Hafizi Bin Mohd Padely,
Wakil daripada Celcom

Yang dihormati,
Ahli Jawatankuasa Program MAJLIS PERTEMUAN SEMULA BEKAS PELAJAR DAN GURU SKPTD KUMPULAN 1988 - 1993.

Yang Dimuliakan
Barisan guru-guru yang banyak mencurah ilmu dan bakti dalam mendidik anak-anak bangsa

Yang Dikasihi
Rakan-rakan seperjuangan yang hadir pada hari ini.

Serta hadirin dan  hadirat sekalian.

Selamat datang ke MAJLIS PERTEMUAN SEMULA BEKAS PELAJAR DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENBTERA DARAT KUMPULAN 1988 - 1993 buat kali pertama sejak menamatkan persekolahan pada tahun 1993. Majlis mengalu-alukan kehadiran  tuan-tuan dan puan-puan  ke majlis ini.


 Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Hari ini memugal jagung
Hari esok memetik peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran guru-guru atas kesudian meluangkan masa menghadiri MAJLIS PERTEMUAN SEMULA BEKAS PELAJAR DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENBTERA DARAT KUMPULAN 1988 - 1993 buat kali pertama yang diadakan.

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT , kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat kita bersama-sama berkumpul bagi menjayakan majlis Pertemuan Semua Bekas Pelajar Dan Guru SKPTD.

Awal bismillah menepek inai,
Inai ditepek terasa nyaman,
Mari berdoa beramai-ramai,
Supaya majlis di dalam aman.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini dengan segala hormatnya di persilakan Encik Shaiful Haris Bin Husin untuk memimpin  bacaan doa. Dipersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Sidang Hadirin Yang dimuliakan,

Kalau dilipat sebesar kuku,
Kalau dibentang seluas alam,
Yang jauh diimbau,
Yang dekat digamit,
Seuntai salam, sejambak kata,
Degup bicara merisik kata.

Embun menitik hamparan rumput,
Kekwa merimbun tepian melati
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Sebagai pembuka persada ucapan ,pihak majlis dengan hormat dan sukacitanya mempersilakan Encik Shahlan Bin Shafiee selaku Penyelaras Program Majlis Pertemuan Semula ini untuk memberikan ucapan alu-aluannya.

.......“UCAPAN PENYELARAS PROGRAM”......

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan Encik Shalan Bin Shafiee sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput Encik Mohd Hafizi Bin Mohd Padely selaku wakil penaja dari Celcom untuk menyampaikan ucapan beliau.

......“UCAPAN PENAJA (WAKIL CELCOM)”.........


Terima kasih kepada Encik Mohd Hafizi Bin Mohd Padely atas ucapan yang telah disampaikan.

Kini tibalah saat yang amat dinantikan oleh kita semua. Majlis dengan segala hormatnya mnempersilakan Encik Mohd Izudin Shah Bin Abdullah selaku wakil daripada guru-guru untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Pertemuan Semula Bekas Pelajar daan Guru SKPTD Kumpulan 1988-1993.


......“UCAPAN WAKIL GURU / PERASMIAN”......




Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih pada Encik Izzxudin Shah Bin Abdullah atas kesudian beliau memberikan ucapan dan merasmikan Majlis Pertemuan Semula Bekas Pelajar dan guru SKPTD.

Bagi pihak majlis, di sini ada sedikit cenderahati daripada pihak penganjur sebagai tanda ingatan daripada kami.

Dijemput Encik Shalan Bin Shafiee untuk menyampaikan cenderahati kepada Encik Izudin Shah Bin Abdullah.

Terima kasih diucapkan kepada pemberi dan penerima cenderahati.


Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman

Hadirin dan hadirat sekalian,
Sebelum kita menjamu selera, dijemput sekali lagi Encik Shaiful Haris Bin Husin untuk memimpin bacaan doa makan. Dipersilakan.

Hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Selamat Menjamu Selera.

Sambil menikmati juadah, majlis kita akan diserikan dengan persembahan oleh Band Angkatan Tentera Malaysia yang dijemput khas untuk menghiburkan kita semua.

Dijemput Band J2 bagi membuat persembahan mereka. Dipersilakan.

Seterusnya, majlis ada menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir pada hari ini. Hadiah telah ditaja oleh _________________________________________
_____________________________________________

Bagi cabutan bertuah yang pertama, majlis menjemput 
Encik______________________________

Terima kasih diucapkankepada
 Encik/Puan _________________________

Majlis juga ada mennyediakan sedikit cenderahati.
Dijemput Encik/Puan__________________
Untuk menyampaikan cenderahati kepada
Encik/Puan___________________________

Majlis mengucapkan terima kasih kepada pemberi dan penerima cenderahati.

Majlis diteruskan dengan persembahan daripada band jemputan.

Hadirin sekalian,
Majlis akan mengadakan Acara Memotong Kek oleh guru-guru SKPTD. Dijemput semua guru untuk tambil ke hadapan bagi memulakan Acara Memotong Kek.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru.

Majlis diteruskan semula dengan cabutan bertuah yang berikutnya. Dijemput (guru) ___________________

Seterusnya, majlis menjemput guru-guru dan rakan-rakan untuk mengambil tempat di ____________________
bagi sesi fotografi sbagai tanda kenang-kenagan.

Majlis mempersilakan.

.....................SESI FOTOGRAFI...............................................


Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah MAJLIS PERTEMUAN SEMULA BEKAS PELAJAR DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENBTERA DARAT KUMPULAN 1988 – 1993 Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru, bekas pelajar serta hadirin dan hadirat sekalian atas kesudian untuk bersama-sama menjayakan majlis pertemuan semula ini.

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Diri kami ini dilupa jangan.

Hari ini bertanam jagung,
Hari esok bertanam serai,
Hari ini kita berkampong,
Hari esok kita bercerai.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami  antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam   pengendalian majlis pada hari ini, saya bagi pihak ahli jawatankuasa, dengan rendah hati memohon ribuan ampun dan maaf. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Yang Maha Esa dan yang buruk itu datangnya dari kami.

Majlis Bersurai



"Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada sesiapa sahaja" :)

MAJLIS REUNION EX-SKPTD BATCH 1988-1993 @ DE PALMA HOTEL, AMPANG


Ari ni rajin nk post..... k la, ni ada story about yesterday.. pasal majlis reunion my primary skul... Sebelum tu nk citer admin dlu bersekolah @ Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat, Kem Sungai Besi...

Kat skul ni majoriti anak2 askar belaka... tp yg bukan anak askar pon boleh je belajar kat sini.. hehehe... bru je post cara2 nak buat teks MC.. kat Majlis Reunion ni admin kena jd MC gak..

Majlis Reunion Ex-SKPTD
Haa.. Ni la.. Ado jugak gambo nyer.. :)
Thanx CELCOM sbb sponsor doorgift..
Admin x banyak bergambo sangat sbb bz kan.. tp bole share pic kengkawan kat cni. Best sgt sbb jumpa cekgu2 lama n kawan2 yg dah 22 tahun x jumpa..

Thanx pd yg organize majlis ni.. your effort paid... Ni gambo organizer nyer...

Dari kiri: Wanie, Nik, Ude and Warda... Ada yg xdo dlm gambo...
Masa majlis ni admin dok semeja ngan geng sado, wanie n haikal n wife... Ni beberapa pic diorang...
Huhu... Lima dari kiri tu Cikgu Mohd Izuddin Shah..
Sampai hati korang xpanggil aku bergambo ngan Cikgu Zainab.. Admin pon Kelas UNGU jugok!!!
Yang ni mmg admin geram jugok.. heeee... xdo gambo ngan Cikgu Zainab.. Sampai hati demo xpanggil admin.. huhu

Antara cikgu2 yang hadir..

Wani dan Anak Haikal Humairah yang peramah...

Ada yang sempat snap pic dalam majalah... Kelas 2 Ungu (1989).. Tapi Cikgu Baharudin x dapat hadir masa majlis reunion.. Agak2 mana satu admin?
Masa majlis rasa mcm singkat sangat sbb admin xsempat nak beramah mesra ngan semua dek kerana jd MC.. tp xpe.. friendship never end...

K la cukup setakat ni entry nyer.. I Love My FRiends........ May our friendship remain forever.... 





CARA PALING MUDAH UNTUK BUAT TEKS PENGACARA MAJLIS

Salam buat kawan2 yang dah lama x nengok I posting in my blog. Huhuhu.... Kemalasan tahap gaban.. Tapi from now on, I will start again apa yang pernah ditinggalkan.. Nothing special, cuma rasa nak sharing a few tips and knowledge..
 
This time, I nak sharing about how to make a simple script for Master of Ceremony.. hehe Teks MC le.. Firstly, the things we should know if we are assigned to be the MC, we have to know:
  • what kind of ceremony or programme (name of programme)
  • list of VIP (real name and title correctly from the trusted resources)
  • objective of the ceremony/programme
  • tentative of the ceremony/programme
  • the person to give a speech (who and how many)
  • the person to give a pray
  • misc. (gift or certificate session)
*Remark
Actually korang boleh je mintak kertas kerja dareipada penyelaras atau setiausaha program... So, it will be easier. But if diorang xmau bagi... hehehe.. tak mengapa lah.. :)

Orait... Ni contoh MC script for formal cerermony...

Mengumumkan ketibaan
*Yang Berbahagia
Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Tuan..................
(Jawatan)
(Kementerian/Jabatan/Sekolah/etc)
 
ulang*

Yang Berusaha
(Nama)
(Jawatan)
(Kementerian/Jabatan/Sekolah/etc)

pegawai-pegawai/wakil-wakil..............,
guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

"SELAMAT DATANG KE MAJLIS ...................................................................."

**tekankan sedikit nada suara untuk mempengaruhi hadirin memberi tepukan..^_^

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT , kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat kita bersama-sama berkumpul bagi menjayakan majlis ................................................

----------------------------------------------------------------------------------------
(*yang kat bawah ni, adalah objektif dan maklumat serba-sedikit pasal program, kalau ada paperwork, boleh tengok kat paperwork..)

Untuk pengetahuan semua,
Program .....(nama program)...... yang  diadakan ini adalah hasil kerjasama ............. (nama organisasi ..........). Program ini diadakan adalah bagi ...................... (objektif program.).

Bukan itu sahaja, ia juga mampu untuk .......................( masih lagi objektif dan kebaikan or benefit yang didapati hasil daripada program ini.......................).

----------------------------------------------------------------------------------------

DOA
Baiklah, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Ustaz Al Fadil .........(nama ustaz..........) bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin-amin ya rabbal Al-amin. terima kasih diucapkan kepada Ustaz Al Fadil ...(nama ustaz..)............ atas pimpinan bacaan doa itu tadi. moga majlis kita pada hari ini diberkati oleh-Nya. insyaAllah..

---------------------------------------------------------------------------------------

UCAPAN
seterusnya, dijemput
Yang Berusaha
(Nama)
(Jawatan)
(Kementerian/Jabatan/Sekolah/etc)
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada
 .........(Nama).........., 
..........(Jawatan)................. 
.........(Kementerian/Jabatan/Sekolah/etc)..............
 di atas penyampaian ucapan sebentar tadi.

Baiklah, majlis diteruskan dengan  mempersilakan
Yang Berbahagia 
(Nama)
(Jawatan)
(Kementerian/Jabatan/Sekolah/etc)

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis perasmian (................nama program.............). Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia 
............(Nama).................., 
............(Jawatan)..........., 
.......(Kementerian/Jabatan/Sekolah/etc)............ 
di atas ucapan perasmian sebentar tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------

CENDERAMATA/PENYAMPAIAN contohnya sijil, plak dan sebagainya

Bagi meneruskan majlis, dipersilakan
Yang Berusaha
(Nama)
(Jawatan)
(Kementerian/Jabatan/Sekolah/etc)

untuk menjemput dan mengiringi

Yang Berbahagia
(Nama)
(Jawatan)
(Kementerian/Jabatan/Sekolah/etc)

untuk menyampaikan cenderahati kepada ....................

Terima kasih diucapkan kepada

Yang Berbahagia
(Nama)
(Jawatan)
(Kementerian/Jabatan/Sekolah/etc)

di atas penyampaian cenderahati tadi./
----------------------------------------------------------------------------------------
 
PENUTUP
Baiklah, dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis ................................................................. 
Dengan ini saya sudahi dengan Wabilahitaufik walhidayah Assalamualaiikum W.B.T dan salam 1 Malaysia.

*Mengumumkan keberangkatan pulang
Yang Berbahagia
(Nama)
(Jawatan)
(Kementerian/Jabatan/Sekolah/etc)

----------------------------------------------------------------------------------------

Ok la... Harap  entry ni boleh jadi panduan semua... Adios!